Saturday, April 28, 2018

Budak Kampung Di Romeo Farm

Aku berjalan keluar dari airport tambang murah Tullamarine, Melbourne. Hari sudah gelap, jam menunjukkan pukul 9 malam waktu Australia. Lantas menaiki teksi menuju  Queen Victoria Street 
mencari backpacker tempat untuk bermalam barang sehari dua.
 "Fourtyfive dollar sir", kata pemandu berbangsa Turki itu. Katanya lagi, kamu boleh menginap disini dengan bayaran murah. Inilah kali pertama kakiku menjejaki bumi Australia. 
Cuaca sejuknya seakan akan kita berada di tepi pantai. Aku bermalam di QV Bacpackers dengan bayaran AUD25 .TRAM ala sistem LRT di Kuala Lumpur .


Anggur Red Globe

Keesokannya selepas bersarapan, aku memulakan perjalanan santaiku di sekitar bandar Melbourne, Bandarnya bersih dan rapi dilengkapi dengan pengangkutan awam.

Suasana Ladang Anggur
Mencari makanan halal bandaraya Melbourne ini tidak menjadi masalah, kerana terdapatnya restoran halal milik warga Turki, Afghanistan, Malabar dan China Muslim.

Restoran Halal Bali bagus

Nagi Goreng Bali bagus






No comments:

Post a Comment